Kolej Automotif TOC Melahirkan Tenaga Kerja Mahir Melalui Program Bina Bakat TOC

 

Pinjaman pendidikan sehingga 100% bagi melahirkan lebih ramai bakat muda untuk industri automotif Malaysia

Ketua Pengawai Eksekutif dan Pengasas TOC Kolej Automobil, Adelaine L.K. Foo dan Pengetua TOC Kolej Automobil, Prem Kumar Mathavan beramah mesra bersama penerima-penerima memorandom pada sidang media TOC Bina Bakat Program hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas TOC Kolej Automobil, Adelaine L.K. Foo dan Pengetua TOC Kolej Automobil, Prem Kumar Mathavan beramah mesra bersama penerima-penerima memorandom pada sidang media TOC Bina Bakat Program hari ini.

Petaling Jaya, 22 Januari 2018 – Kolej Automotif TOC (TOC) telah membuka lembaran baru dengan memperkenalkan Program Bina Bakat TOC, dengan harapan dapat melahirkan lebih ramai bakat muda serta memperkasakan tenaga kerja yang berkualiti dan berdaya saing untuk industri tempatan. Ia menawarkan pelan perantisan dan pelan pembiayaan pinjaman pendidikan untuk pelajar, dimana pinjaman pendidikan disediakan bagi kursus yang didaftarkan dan para pelajar hanya perlu membuat pembayaran balik melalui potongan bulanan daripada gaji atau elaun mereka ketika dalam tempoh perantisan atau penempatan pekerjaan tetap.

Semasa pembentangan Bajet 2018 pada tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memberi perhatian khusus kepada transformasi Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk melengkapkan golongan muda Malaysia bagi menjayakan Revolusi Industri 4.0. Bagi menyahut seruan ini, TOC akan memastikan bahawa program baru ini merupakan satu usaha berterusan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat bagi melahirkan golongan muda yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi keperluan industri, melalui pendidikan yang berkualiti tinggi disamping memberikan penekanan terhadap kebajikan pelajar.

 “Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai ibu bapa dan pelajar bergelut untuk membiayai kos pendidikan pengajian tinggi. Sebagai pendidik perintis industri automotif di Malaysia, kami  mengambil peranan serta komited dalam mengatasi cabaran luar yang boleh mengurangkan peluang pembelajaran pendidikan tinggi dalam kalangan generasi muda. Melalui Program Bina Bakat TOC, kami berharap dapat mengurangkan jurang perbezaan kewangan justeru menyediakan akses yang lebih mudah kepada pendidikan yang berkualiti untuk semua warga Malaysia,” kata Adelaine Foo, Pengasas Kolej Automotif TOC.

Program perantisan ini akan mengambil masa selama 2.5 tahun bagi kelayakan Diploma dan 18 bulan bagi kursus Sijil dimana para pelajar akan mempelajari secara teori dan latihan praktikal industri secara bergilir oleh majikan terpilih (rakan industri TOC) sepanjang semester. Pelajar yang berdaftar dikehendaki menghadiri beberapa sesi temuduga serta menjalani ujian psikometrik sebelum dipilih menyertai Program Bina Bakat TOC.

Tambah Foo lagi, “Program Bina Bakat TOC ini juga akan memanfaatkan kedua belah pihak iaitu para pelajar dan rakan industri TOC kerana para pelajar ini akan dilatih di dalam organisasi sebenar dimana mereka bakal mendapat pekerjaan tetap sama ada di dalam perkhidmatan selepas jualan atau bidang teknikal.”

TOC terus memantapkan kedudukannya di dalam sektor automotif dan pendidikan di Malaysia, melalui rangkaian kerjasama strategik dengan rakan industri sejak beberapa tahun lalu dengan menonjolkan beberapa jenama automotif penting seperti Mistertyre Malaysia, Autobacs Seven Co. Ltd, peruncit selepas pasaran utama Jepun dan penubuhan TOC-Aylezo Racing Academy dengan kerjasama Aylezo Competizione serta Sepang International Circuit bagi dunia sukan permotoran.

Permohonan pertama Program Bina Bakat TOC akan dibuka untuk pengambilan pertama pada 3hb Februari 2018. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi TOC di ww.toc.edu.my atau halaman Facebook di Facebook/TOC.edu.

-Tamat -

WhatsApp Image 2018-01-22 at 14.02.51.jpeg
WhatsApp Image 2018-01-22 at 14.02.36.jpeg